Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : LABU MASAK LEMAK - CATATAN 24 RAMADHAN 1431H

03 September 2010

RESEPI : LABU MASAK LEMAK - CATATAN 24 RAMADHAN 1431H

Jam 6.30pm, hubby sms cakap dia balik lewat. Saya ingatkan dalam pukul 7 baliklah dia, tapi sehingga 7.15pm pun masih tak muncul lagi. Telefon cik abang, rupanya dia tak balik sampai kerja dia siap. Alamak, kena berbuka seorang diri lah ni.

Tapi takpe. Ada pengalaman. Biasa aje macam makan sensorang, sunyi? Tak pun. Pasang radio. Tv tutup sebab cerita bosan.

Balik agak lewat sebab ada kerja. Sehingga petang tak tau nak masak apa.

Sampai rumah, masak nasi dulu. Kemudian keluarkan ayam, terus decide nak masak kicap. Tengok-tengok ada labu yang dibeli di Giant semalam. Apa lagi, lemak labu la.

Resepi ni sedap, cuma macam biasa waktu berpuasa ni rasa garam kurang.

Lemak Labu

Bahan-bahan ( 4 org makan )



1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kpd saiz yg sesuai (jgn terlalu kecik)



1/2 biji bawang besar - dimayang



1 biji cili merah - ditumbuk kasar



2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dgn udang kering tp xpayah tumbuk



santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)



garam secukup rasa



air secukupnya



sayur bayam/soo hoon



Cara-cara 1.Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk. 2.Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api. 3.Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu). 4.Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak. 5.Akhir sekali, masukkan soo hoon atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.

Sedap!
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign