Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : DAGING MASAK HITAM

04 November 2010

RESEPI : DAGING MASAK HITAM

Daging Hitam 



200gm daging
1 labu bawang besar-potong bulat
6 biji cili api-hiris or sebijik2
2 ulas bawang putih-hiris
1/2 in halia-hiris
1 sudu makan lada hitam-tumbuk
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun ketumbar
sedikit minyak masak

masak daging hingga kering air dlm kuali. jika daging keras sila tambah air n masa hingga daging empuk. kemudian masukkan 2 sudu besar minyak n goreng seketika.
masukkan bahan hiris. kemudian masukkan lada hitam, sos tiram n kicap manis.
tambah sedikit air n masukkan daun ketumbar. sesuaikan rasa n angkat.
resepi dari kak Jun. terima kasih kakak.


*Nota sikit:
- Sangat senang sebab bahan tak banyak
- Cuma daging tu kalau kita nak cepat, baik rebus hari sebelumnya dan simpan dalam freezer/fridge. Nak masak, cuma keluarkan dan terus tumis bahan. Saya selalu buat macam tu. Balik kerja, terus goreng/rebus sumber protein untuk menu esok. Jimat masa.
- Petua nak lembutkan daging:-masa rebus, JANGAN letak garam, gantikan dengan gula. Satu sudu besar utk daging dalam 500gm. Daging tu takkan rasa manis, jangan risau.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign