Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : LAKSA JOHOR

11 February 2011

RESEPI : LAKSA JOHOR

Antara resepi yang ingin dicuba. Bukan cuba makan, tapi cuba masak. Dah lama teringin nak makan, tapi tak berani nak beli sebab nanti mesti tak puas sebab rasa tak sama.


Biasanya, laksa johor ni kalau beli, kuahnya mesti cair. Ikan pun tak terasa sangat, walhal bak kata ayah, "kuah jangan dibuang, hirup sampai habis". Yelah kan, isi ikan tu. Dah macam laksa penang + laksa johor pulak.


Tengok kakak TTM dah masak, makanya resepi telah terbukti menjadi untuk orang-orang terror. Kalau tak terror pun, kot-kot roh terror tu ada kat resepi ni, boleh termasuk kat Laksa yang saya buat nih.


Okay ini Bahan-bahannya:-


500 gm ikan tenggiri(rebus ambil isi - mesin)
150 gm udang basah (rebus -mesin)
sekeping isi ikan kurau kering (rebus -  mesin) -rebus sekali 3 bahan sekali jalan mesin.
20 biji bawang kecil
20 tangkai cili kering (mesin)
10 biji bawang putih
1 inci halia
2 senduk kari ikan (adabi)
10 keping asam keping
1 biji kelapa (kerisik)
1 biji kelapa (ambil santan 10 cawan)
5 batang serai (ketuk)
2 inci lengkuas (ketuk)


1 paket sphageti (rebus )
50 sen taugeh
Daun selasih/kesom
Timun (buang isi/biji) racik halus
Limau kasturi
Sambal belacan 



1. 1/2 cawan minyak di masukkan kedalam periuk dan tumiskan cili mesin,diikuti dengan bawang. biarkan garing sedikit.

2. Bancuh serbuk kari dengan air dan masukkan kedalam tumisan tadi dan diikuti dengan isi ikan, udang,isi ikan kurau kering, serai, asam keping, kerisik, santan, dan jangan lupa rasa garam dan gulanya secukup rasa.masak sehingga semuanya sebati.

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign