Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : LAZY EGG AND CHEESE SANDWICH

22 February 2014

RESEPI : LAZY EGG AND CHEESE SANDWICH

Teks : Saudah Salleh

Bosan juga kalau ada roti, menunya adalah Roti Kaya, French Toast dan Sandwich Telur Mayo atau Sandwich Telur Hancur.

Jadi saya bertanya kepada Encik Google resepi mudah yang boleh dimasak dengan cepat tanpa menggunakan bahan yang banyak.

Daripada hasil carian, resepi dari Joanna Goddard ini yang paling mudah.

Disertakan dengan langkah-langkah bergambar menyenang orang yang kuirang rajin ini. Hihi.

Okay, ini resepinya ya.

Lazy Egg and Cheese Sandwich
Oleh Joanna Goddard

Untuk seorang makan, perlukan :-

2 keping roti samada Gardenia, Roti Bun, Roti Burger, English Muffin
1 - 2 sudu teh mentega atau minyak zaitun atau minyak masak
1 biji telur + 1/2 sudu teh air
1 keping keju
Garam dan lada hitam jika suka
Bahan tambahan kesukaan seperti Sosej, Daun Bawang, Bawang yang dihiris, Ayam, Udang dan sebagainya. Tetapi rebus sekejap dahulu.

Cara-caranya:-

Bakar roti dalam pembakar roti. Kalau ada pemanggang ajaib pun boleh guna juga. Atau panaskan kuali tidak melekat (non-stick pan) atas api sederhana.

Kemudian, masukkan telur dalam mangkuk bersama-sama dengan 1/2 sudu teh air, garam, lada hitam dan sebatikan.

Panaskan mentega atau minyak dalam kuali dan ratakan.

Masukkan bancuhan telur tadi. Goyangkan kuali agar telur yang terbentuk adalah nipis. Macam telur dadar nipis.

Segera masukkan sekeping keju di tengah-tengah telur tadi. Taburkan juga bahan-bahan tambahan jika guna.

Biarkan hingga masak, dalam 1.5 hingga 2 minit.

Kemudian telur tadi dilipat 4 iaitu hingga menutupi keju tadi. Jika kita gunakan roti Gardenia, kita lipat segi empat sama (square). Kalau gunakan roti panjang atau roti hotdog, lipat memanjang. Kalau tak kisah, buat je apa-apa bentuk pun.

Biarkan sekejap dalam 30 saat dan angkat.

Letakkan di atas roti dan hias dengan salad, tomato, sos cili dan mayonaise.

Saya letakkan juga gambar yang saya ambil dari Joanna. Terima kasih Joanna.






Mudah kan?

Semoga bermanfaat.



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign