Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI PEMANGGANG AJAIB : NASI GORENG

25 February 2014

RESEPI PEMANGGANG AJAIB : NASI GORENG

Teks : Saudah Salleh

Pemanggang ajaib. Memang memudahkan tugasan memasak. Yang penting sihat kerana menggunakan minyak yang sedikit.

Belinya dah lama, elok saja tersimpan dalam kotak. Sebabnya buku resepi tidak disertakan bersama. Cari resepi dalam internet tetapi keyakinan untuk memasak tiada.

Hinggalah terjumpa dengan sebuah buku memasak menggunakan pemanggang ajaib ini. Mudahnya. Tak bersepah dapur dengan percikan minyak. Tangan pun kurang lenguh menggaul nasi. Hihi.

Resepi pertama dari buku panduan. 

Kenapa saya memilih Nasi Goreng? Kerana kalau saya berjaya menggoreng nasi dalam pemanggang ajaib, maka saya boleh memasak resepi lain juga. Sebab asasnya sama.

Mula-mula seperti biasa. Tumiskan bawang dan cili padi yang telah ditumbuk. Di sini kelebihan pemanggang ajaib terserlah sebab memang gunakan sikit je minyak. Lebih kurang besar syiling 50 sen lama. Biasanya saya gunakan minyak dalam 3-4 sudu untuk pastikan cilinya masak.

Kemudian masukkan bahan mentah seperti udang, sotong, ayam, fishcakes fishballs.


Masukkan telur dan biar seketika hingga telurnya sedikit keras.



Perasakan dengan garam dan lada putih jika suka.

Masukkan nasi sejuk dan gaulkan hingga sebati. Gunakan dua sudip agar nasi tidak bertaburan. Pecah-pecahkan nasi menggunakan belakang sudip agar perencah sekata.






Dah siap.  Senang aje rupanya gunakan pemanggang ajaib ni.

Takut memang merugikan kita kan?

Lepas ni nak cuba resepi lain pula. Saya juga akan 'review' buku resepi tersebut.

Semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign