Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : AGLIO ET OLIO (SPAGHETTI WITH GARLIC AND OIL (SPAGHETTI AGLIO OLIO)

03 March 2014

RESEPI : AGLIO ET OLIO (SPAGHETTI WITH GARLIC AND OIL (SPAGHETTI AGLIO OLIO)

Teks : Saudah Salleh

Satu lagi resepi yang saya suka. Pertamanya kerana ianya sedap. Sebab kedua adalah ianya ringkas dan mudah dimasak. Yang ketiga, resepi ini tidak menggunakan banyak bahan, hanya TIGA bahan sahaja. Ia, hanya tiga sahaja.

Resepi ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak. Sambil rebus Spaghetti, dah boleh siapkan bahan tumis iaitu bawang putih yang perlu dicincang.

Rasanya masa paling lama yang diambil adalah sekitar 15 minit sahaja. Balik kerja, terus rebus. Sambil menunggu, cincang halus bawang putih. 

Kalau nak masukkan sosej ke, udang sotong ayam ke, nyahbekukan dalam petisejuk dari pagi lagi. Udang tu belah belakang dia, buangkan hitam biar menarik.


sumber dari Google

Sotong kita kelar bagi cantik macam ni. 


sumber dari Google

Pasti berselera orang tersayang makan.

Okay ini resepi yang Odah gunakan. Sangat senang.

500gm Spaghetti - 1 paket. Boleh juga gunakan Angel Hair, Fettucine dan lain-lain

5 sudu besar minyak zaitun - lebihkan jika ada ayam sotong udang

1 sudu besar butter atau merjerin

3-4 ulas bawang putih

2-4 sudu kecil cili kering - atau Chili Flakes

Sedikit daun ketumbar - atau English Parsley

Cara memasak.

Rebus spaghetti dengan mengikut arahan di bungkusan dan toskan. Simpan 1/4 cawan air rebusan tersebut jika suka.

Cincang halus bawang putih.

Panaskan kuali dan masukkan minyak dan butter.

Tumiskan bawang putih.

Masukkan ayam, sotong, sosej atau udang jika menggemarinya.

Masukkan cili kering dan garam serta perasa.

Masukkan air rebusan dan spaghetti serta gaulkan hingga sebati. 

Taburkan daun ketumbar yang telah dihiris dan hidangkan.


Semoga bermanfaat.


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign