Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI PEMANGGANG AJAIB : AYAM MASAK KICAP

24 March 2014

RESEPI PEMANGGANG AJAIB : AYAM MASAK KICAP

Teks : Saudah Salleh

Pemanggang ajaib lagi. Saya rasa memang ajaib lah, sebabnya bila suami merasa lauk ini, dia kata sedap, hihihi.

Ayam masak kicap adalah antara lauk kegemaran suami. Cara biasa adalah menggoreng dahulu ayam yang disalut dengan garam dan kunyit dalam minyak yang banyak dan panas.

Kemudian barulah ditumis bawang merah, cili merah yang dihiris sehingga layu. Masukkan kicap dan air sedikit untuk kuahnya. Akhir sekali masukkan ayam dan garam.

Ada juga yang suka tumiskan kulit kayu manis agar rasanya sedikit manis dan berbau wangi kuahnya. Kadang kala saya tumiskan, selalunya tidak. Hihi.

Tapi kali ini, sangatlah mudah memasak menu ini. Sedap pulak tu. Dapur pun tak perlu dilap dek kerana percikan minyak panas. Bau gorengan ayam pun tidak lagi memenuhi dapur, ruang makan dan ruang tamu, juga hingga ke luar sampai jiran pun boleh terbau. 

Jadi saya nak kongsikan cara memasak menggunakan Pemanggang Ajaib.

Haaa, siapa yang ada pemanggang ajaib tu bolehlah mencuba. Mana yang tiada, boleh masukkan dalam impian 2014 atau masak seperti biasa menggunakan kuali.


Bahan-bahan Resepi :

Ayam - diperap sebentar dengan serbuk kunyit dan garam

1 labu bawang besar yang dihiris
2 biji cili merah yang dimayang halus

1/2 cawan kicap manis
1/4 cawan air

Garam
Gula



Cara-cara:

1. Panaskan pemanggang ajaib sebentar. Letakkan sedikit minyak. Susun ayam di dalam pemanggang ajaib. Tutup dan masak selama 10 minit. Kemudian terbalikkan pemanggang ajaib agar ayam masak sekata.




2. Alihkan ayam yang telah dipanggang ke dalam pinggan. Pemanggang ajaib tidak perlu dibasuh, cuma jika minyak terlalu banyak, boleh dibuang sedikit.

3. Tumiskan bawang dan cili merah sehingga terbit bau dan sedikit layu. Masukkan kicap dan air dan biar sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula agar bersesuaian rasanya.




4. Akhir sekali masukkan kembali ayam yang telah dipanggang tadi dan biarkan sebentar agar kuah kicap meresap ke dalam ayam tersebut.




P/s : Saya gunakan peha ayam untuk menu ini.

P/p/s : Boleh juga biarkan mereneh dengan api yang kecil dalam 5 minit dalam keadaan pemanggang ajaib tertutup agar bau dan rasa kicap meresap ke dalam ayam.

Semoga bermanfaat!


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign