Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : SAMBAL BEBOLA AYAM DAN BAYAM TUMIS RINGKAS

18 April 2014

RESEPI : SAMBAL BEBOLA AYAM DAN BAYAM TUMIS RINGKAS

Teks : Saudah Salleh

Kadang kala apabila kita kerap masak, sampai satu ketika kita akan rasa tak tau nak masak apa. Masak lemak sudah, kari dah buat semalam, goreng pun dah, kicap pun dua kali masak, memang blur nak masak apa.

Saya memang masak hampir setiap hari. Suami akan bawa nasi dan lauk-pauk dalam mangkuk tingkat, macam ni.

sumber dari Google

Saya masak untuk 5 orang makan. Ramai kan? Sebab suami akan bawa untuk pekerja beliau yang bujang. Jadi tengahari 3 orang makan dan malam 2 orang iaitu saya dan suami.

Ini antara masakan yang sesuai apabila kita dah tak tahu nak masak apa. Cuma sebab sambal, masa yang diambil agak panjang agar cili masak dengan betul.

Saya padankan dengan sayur ringkas untuk mengimbangi rasa pedas sambal itu.

Sebenarnya saya adalah orang yang TAKUT sangat nak masak sambal. Sebab saya rasa tak sedap bila saya masak.

Tapi saya cuba juga masak sebab saya tahu, sambal ini kena praktis banyak kali baru boleh tau cara mana yang paling sesuai dengan rasa dan selera kita.

Jadi, siapa yang rasa tak pandai masak sambal, boleh cuba cara saya ini.


Resepi : Sambal Bebola Ayam dengan Sayur 
Bahan-bahan:-

Segenggam cili kering (dalam 15-30 batang cili)*
Sebiji bawang besar (pilih yang besar betul)*
1 inci belacan*

Semua ini dikisar halus dengan air

1 paket Bebola Ayam denga sayur jenama Farm's Best - goreng sebentar jika suka
1 inci asam jawa dibancuh dengan 1/4 cawan air
Gula
Garam
1 cawan Minyak untuk menumis


Cara masakan:

1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan. 

2. Masukkan cili kering kisar bersama bawang dan belacan ke dalam kuali. Pastikan api dapur dalam keadaan sederhana sebab kita nak biar cili masak sempurna. Kalau api besar cepat pulak hangus tapi cili belum berapa masak lagi.

3. Biar cili masak sempurna atau sampai naik minyak. Selalu kita keliru macam mana 'naik minyak' tu kan? Okay saya jumpa di sini gambar bagaimana proses itu dijalankan. Terima kasih puan kerana ianya amat membantu saya dalam memasak sambal.

Ini yang akan terjadi bila kita masukkan cili kisar.

Inilah NAIK MINYAK. Minyak itu berada di atas cili. Tu sebab naik minyak. Bila dah macam ni, biarkan lagi dalam 5-10 minit dengan api dapur yang kecil. Biar lagi sedap sambal tu.

4. Masukkan gula dahulu. Sebab saya belajar dari orang Johor yang sukakan manis dalam sambal, saya masukkan sekurang-kurangnya 1 sudu besar gula dalam sambal. Kalau cili tu pedas, saya masukkan lebih. TAPI, hati-hati jangan terlalu manis. Caranya, masukkan 1 sudu dahulu, kemudian RASA. Kalau pedas sangat, tambah lagi gula 1 sudu.

Bila masukkan gula, biasanya warna merah tadi akan bertukar gelap sedikit. Bukan hangit tau. Itu orang panggil sambal tumis Johor style.

5. Kemudian barulah masukkan garam dan air asam. Kenapa gula dahulu, rasa baru masukkan garam? Sebab takut belacan tu belacan yang masin. Jadi kena rasa dahulu baru tau banyak mana garam nak letak. Macam biasa, masukkan 1/2 sudu kecil garam, rasa. Baru tambah kalau tawar.

Air asam tu, jangan terus masukkan semua. Masukkan sedikit dulu, tengok macam mana yang kita suka. Nak banyak kuah, masukkan banyak.

6. Dah siap sambal kita, baru masukkan bebola ayam. Gaul dan hidangkan.


Nampak tak bintik-bintik hijau di bebola ayam tu? Itulah SAYURnya.



Resepi Bayam Tumis Ringkas
Bahan-bahannya :-

1 ikat bayam

1 biji bawang kecil*
1 genggam ikan bilis*

* tumbuk bahan ini

1/2 kiub knorr ikan bilis
Garam


Cara-cara memasaknya:-

1. Tumiskan bahan tumbuk.

2. Masukkan air sebanyak yang kita mahu. Maksudnya, kalau suka kuah banyak, masuklah dalam 1 cawan air. 

3. Masukkan kiub knorr. Biarkan air menggelegak.

4. Masukkan bayam dan tutup api dapur.



Saya tak suka sangat kuah banyak, jadi masukkan 1/2 cawan air sahaja. Tapi kalau musim panas, eloklah buat kuah banyak, boleh hirup supnya.

Semoga bermanfaat!



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign