Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI PEMANGGANG AJAIB : AYAM GORENG KUNYIT

14 October 2014

RESEPI PEMANGGANG AJAIB : AYAM GORENG KUNYIT

Teks : Saudah Salleh

Lama betul saya tidak berkongsi resepi. Resepi ini sangat mudah sebab ada protein dan sayur-sayuran dalam satu lauk. Senang dan ringkas dan cepat juga.

Bahan-bahan utama hanyalah ayam. Ambil bahagian dada supaya cepat masak. Nak gunakan ayam poton gpun boleh, cuma pastikan potongannya kecil dan digoreng sedikit lama supaya masak hingga bahagian dalamnya. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Pada saya, serbuk kunyit kena lebih tapi garam hanya sedikit. Kalau tak, akan jadi masin sangat tapi pucat.

Sayur-sayuran pula yang patut ada adalah kacang panjang. Lobak merah dipotong sebesar batang mancis. Capsicum juga potong kecil. Macam sayuran masak paprik juga kan?

Okay, cara memasak pula mulakan dengan goreng ayam. Disebabkan guna pemanggang ajaib, gunakan minyak yang sedikit sahaja, dalam 1 sudu besar aje. Yang penting kena pastikan seluruh permukaan pemanggang ajaib tu diselaputi dengan minyak.

Then, panaskan pemanggang ajaib dan masukkan ayam. Kena ratakan supaya masak sekata. Tutupkan pemanggang ajaib supaya cepat masak. Jangan risau, susah sikit nak hangit pemanggang ajaib ni.



Bila ayam dah masak, kumpulkan ke tepi pemanggang ajaib. Bagi laluan pada bawang merah untuk enterframe hihi.

Tumiskan bawang hingga naik bau. Kenapa naik bau? Nanti masakan kita sedap sebab air bawang yang hanyir sikit tu dah hilang.




Bila bawang dah layu, masukkan carrot, kacang panjang dan capsicum atau lada merah. Cantikkan warna sayur-sayuran ini? Masa ni masukkan garam juga. Tutup pemanggang ajaib dan biarkan dalam 2-3 minit untuk lembutkan sayur. Kemudian terbalikkan pemanggang ajaib supaya sayur bercampur dengan ayam.




Ini bila dah masak. Tak perlukan sangat sudip sebab kita boleh terbalikkan pemanggang ajaib supaya sekata.




Mudahkan? Semoga bermanfaat.


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign