Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI FREEZER FOOD : AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

29 March 2015

RESEPI FREEZER FOOD : AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Teks : Saudah Salleh






FREEZER FOOD : RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

Saya seorang suri yang bekerja. 

Balik kerja memang dah malas nak masak. Dah penat. Tahu nak rehat je. 

Paling best, kalau suami kata tak payah masak. Tapi takkanlah setiap hari nak makan kat luar? 

Lagi 2 hari, GST akan mula dilaksanakan. 

Jadi dalam usaha berjimat, saya telah mulakan FREEZER FOOD. 

Inipun apabila saya membaca blog-blog rakan-rakan di luar negara. Mereka juga sama seperti kita di Malaysia, bila balik kerja dah penat nak masak. 

Rachel Ray siap keluarkan buku resepi Week in a Day : 5 Dishes : One Day. Buku ini katanya amat sesuai untuk mereka yang sibuk. Masak 1 hari tetapi makan homemade food untuk 5 atau 6 hari. 

Saya tahu inilah cara paling sesuai untuk saya dan mungkin memberikan inspirasi kepada semua wanita agar memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anak. 

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi. 

1 ekor ayam 
15 biji cili padi - ditumbuk 
1 inci kunyit hidup - ditumbuk 
1 keping asam gelugur/keping 
2 batang serai 
1 kotak santan 
3 biji kentang 

1. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil ke dalam periuk. 

2. Masukkan juga kunyit dan cili padi yang ditumbuk dan gaulkan dengan ayam. 

3. Buka api dapur dan biarkan sebentar agar air ayam sedikit kering. Ini petua untuk hilangkan hanyir ayam dan menjadikan hidangan bertambah sedap. 

4. Balik-balikkan ayam supaya air ayam keluar dan ayam menjadi separuh masak. 

5. Masukkan 1 cawan air dan juga kentang. Pastikan kentang terendam supaya cepat empuk. Masuk juga serai. 

6. Masukkan santan dan tambah air jika terlalu pekat. Masukkan garam dan asam gelugur. Didihkan sebentar. 

7. Sejukkan dan pindahkan ke bekas cukup untuk sekali makan. Senang kira, 1 ketul untuk 1 ahli keluarga. Masukkan ke ruang peti beku dan labelkan tarikh dan jenis lauk. 

*petua - santan hendaklah dididihkan dengan api dapur yang sederhana kecil. 
*petua - serai untuk hilangkan hanyir dan daun kunyit untuk bau yang wangi. 

FB:Rahim Auto

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign