Tinta Si Isteri Mekanik: Resepi Periuk NOXXA : Penne Aglio Olio

29 March 2016

Resepi Periuk NOXXA : Penne Aglio Olio

Suka sangat ada Noxxa ni. Cepat masak dan tak sepah dapur. 

Resepi ni pun takdelah susah. Cuma kena masak 2 kali. Mula-mula, kena rebus pasta. Kemudian tumis, baru boleh makan. Hehe.

For me, remeh!

So bila ada Noxxa, semua rasa senang. Tumis. dan masukkan pasta. Tunggu masak. 1 kali siap semua.

Okay, bahan-bahannya sangat ringkas, sebabnya saya nak clear kan freezer.

Bahan Asas:
1cawan Penne
1 biji Bawang merah
3 - 4 ulas Bawang Putih
3 - 4 sudu chili flakes

1.5 cawan air
Garam

Atas ni kiranya bahan paling asas. Yang bawah ni penyedap rasa.


Capsicum
Cendawan
Tomato
Broccoli
Sosej
Chicken Meatloaf
Daging cincang
Udang
Sotong
Kepah


Cara-cara memasak menggunakan Noxxa.

1. Masukkan minyak. Saya gunakan Minyak Zaitun (Olive Oil). Tapi kena pilih Extra Light untuk MENUMIS. Jangan gunakan Extra Virgin Olive Oil untuk menumis, sebab api akan memusnahkan kebaikan minyak dara zaitun, dan juga akan memudaratkan kita.

Perasan kan, kalau chef terkenal macam Ramsay, ada beberapa botol Olive Oil dia. Extra Virgin, Virgin, Light, Extra Light.




2. On kan fungsi STIR FRY. Jangan lupa tekan butang merah. *Saya lah selalu lupa.




3. Masukkan bawang merah. Tumis sampai naik bau sedap.



3. Masukkan pulak bahan-bahan penyedap rasa tu. Saya cuma ada sosej dan meatloaf sahaja.



4. Kemudian masukkan chili flakes. Biarkan sampai masak cili tu. 

*Tips : Kalau takde chili flakes, ambil beberapa keping cili kering dan blender sahaja. Boleh guna blender yang besar tu, jangan letak air.


5. Masukkan capsicum.



6. Masukkan Pasta dan air. Tutup Noxxa.


7. Setkan tombol pada Pressure.


8. Tekan High Pressure 7 kali dan tekan butang merah.


9. Buangkan steamnya dan hidangkan.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign