Tinta Si Isteri Mekanik

26 July 2017

Tragedi PERIUK NOXXA : Hangus Nasi Minyak Saya

First time sejak saya beli Noxxa, makanan yang saya masak tak menjadi! Ini terjadi masa saya buat makan-makan di rumah saya sempena Syawal yang lepas ni.

Menu untuk jamuan yang saya pilih adalah Nasi Minyak, Rendang Ayam, Salad, Mee Bandung, Kek Oren, Kek Buah, Sirap Merah dan kuih-muih biskut raya.

Rendang saya dah masak malam sebelumnya, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Dalam pukul 10.30 pagi saya panaskan semula sebab nak keringkan rendang tu.

Nasi Minyak, saya masak lewat sikit sebab tak beli lagi beras basmathi. Kesian husband, pagi tu ada customer nak hantar kereta ke bengkel, jadi husband sorang ke bengkel, lepas tu dia tolong belikan barang sebab kami tak sempat beli hari Sabtu sebelum tu.

Tapi kelakarnya, 3 tempat dia cari Beras Pusa Gold tu, semua takde! Jadi saya mintak dia carikan beras basmathi Faiza. Pun takde jugak! Last-last, saya cakap, beli jelah apa-apa beras basmathi. Dapatlah beras basmathi Pakistan, tapi harganya tinggi untuk beras 5kg. Sesekali makan beras Pakistan hehehe.

Biasanya kalau ikut resepi, beras kena rendam dulu untuk kembangkan beras. Tapi sebab dah pukul 11 pagi, saya terus tumis rempah 4 sekawan (Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Cengkih dan Bunga Lawang) selepas Minyak Sapi panas. Dah wangi, saya masukkan kiub ayam dengan garam sikit. Masukkan air, susu cair dan beras. Tutup periuk Noxxa dan setkan tombol ke Steam. Tekan punat Low Pressure sebanyak 7 kali dan tekan ON.

Senang je, dah banyak kali masak nasi guna Noxxa TAPI biasanya guna mode High Pressure. Ini pertama kali gunakan Low Pressure sebab katanya lebih gebu dan cantik nasinya.

Silapnya saya adalah, disebabkan selepas tumis tu, tudung periuk takleh tutup, jadi saya cuma letak je tudung tu atas Noxxa tapi tak ketatkan dia. Dan saya terlupa nak ketatkan semasa saya setkan mode kepada Low Pressure. Bila dah nak masak, baru saya terperasan yang tudung periuk tak rapat. Lepas tu pulak, gatal tangan pergi TAMBAHKAN masa ke 3 minit selepas saya tengok macam nasi tu tak berapa masak.

Sepatutnya, saya tak perlu tambah masa, cuma karihkan nasi tu dan biarkan sekejap supaya nasi kering. Menggelabah sangat bila terperasan tudung periuk Noxxa tak rapat.

Haih la, nasib baik bahagian atas semua ok. Cuma kat kerak nasi je hangus. Dan Alhamdulillah nasi tak bau hangit. Dan satu lagi, sedikit keras sebab terkurang air sikit. Saya masak 5 pot beras (yang dapat dengan Noxxa) dan cecair (air dan susu cair) yang saya tambahkan ke periuk Noxxa adalah 5.5 cawan. Sepatutnya 6 cawan baru okay. Pertama kali guna beras Pakistan, jadi tak pandai adjust air lagi. Nampak sangat dalam gambar tu yang nasi saya 'kering' sikit.

Kalau makan semasa panas, tak terasa sangat. Tapi kalau dah sejuk, memang rasa kering sikit, cuma kalau tambah kuah, takdelah perasan.

Disebabkan tak puas hati, saya masak sekali lagi Nasi Minyak ni. Kali ni, buat bebetul. Lebihkan cecair 1 cawan berbanding beras. Tutup tudung periuk betul-betul.

Haaaaa puas hati, nasi masak dengan baik. Alhamdulillah. Lawankan dengan Rendang Daging pulak. Hehehe.






15 April 2017

Mr. Dakgalbi - Bukan sekadar Nama

Saya bukan peminat K-Pop. Cuma minat series The Return of Superman. Itu memang favourite, tapi sejak ramai dah takde, dah tak berapa follow.

So masa my new colleagues ajak lunch kat Mr. Dakgalbi, first thing I asked was "Sedap ke?". Hahaha. Then dorang cakap sedap, so saya follow je la.

Tapi saya google jugaklah sebab nak tahu apa yang dia offer. Saya tak suka kimchi sebab bau dia, yang agak masam. Jeruk kan, so saya macam kalau kimchi je dia hidang, saya minum je lah.

Apa sebenarnya DAKGALBI? 

Dakgalbi ni sebenarnya Isi Ayam yang dipotong kiub, diperap dengan pes gochujang (chili pepper). Lepas tu digoreng dalam pan. Dicampur dengan kobis, kentang, batang daun bawang, bawang kuning. Gaul semua lepas tu ditambah dengan ramen dan/atau nasi. Macam Mee Goreng Korea la kiranya.

Esoknya, kami beramai-ramai jalan kaki. Ala tak jauh pun, tapi sebab tengahari kan panas, so semua jalan cecepat. Sampai je kat Courtyard SS15, terus masuk Mr Dakgalbi. Semua pun macam "aaaaahhhh sejuknya". Terus duduk sebab baru jam 12.00, takde orang lagi. Kami berlapan, so pecah 2 group. Our group semua girls, so order yang untuk 3 pax je. Tambah Tteok-pokki, Korean Rice Cake.

Yang kami order tu  Dakgalbi. Ada nasi dan jugak ramen and CHEESE. Air pulak, memang diberi setiap meja Cold Water. Tapi saya nak merasa air korea. Jadi saya order air tin berperisa buah Pear. Sedap tapi manis, so mintaklah Ice untuk kurangkan manis tu.




Lepas order, nanti akan datang side orders. Ada jeruk lobak putih, macaroni, kimchi dan jugak sup. Jeruk lobak putih dia sedap. White Radish ni tak sedap sangat, tapi bila dijerukkan rasa macam jeruk betik tu. Saya rasa jugak kimchi, and surprisingly it is delicious! Dan bau kimchi ni kat Mr Dakgalbi taklah kuat sangat. Saya suka makan dakgalbi dengan macaroni tu. Jeruk tu makan gitu je, buat hilangkan pedas. Hehe.

Mula-mula, akan datang kuali besar (pan) untuk memasak dakgalbi. Memang mereka akan masak depan mata kita, macam Teppanyakki. Tapi Teppanyaki tu bila mereka masak, takde cover, habis berbau baju tudung kita kalau duduk dekat dengan cook. Kat Mr. Dakgalbi, mereka akan letak pan cover, untuk elakkan gorengan tu terpercik ke meja dan untuk keselamatan customer. 

Dalam kuali besar tu, biasanya dah sesiap ada dakgalbi dan sayur-sayuran tu semua. Lepas letak kuali, hidupkan api dan mereka akan biarkan sekejap supaya ayam tu masak.

Dah naik bau, baru staf akan datang dan mula masak. Mereka akan gaulkan ayam yang diperap dengan gochujang tu dengan sayur-sayur sampai sebati. Last sekali mereka akan masukkan ramen dan gaulkan sekali lagi. Kat ramen ni pun ada pes gochujang tu, tu sebab kena gaul balik semua bahan tadi. 



Masa tengah masak ni, alahaiiii sedapnya bau. Dahlah tengah lapar kan. Kalau perasan, ada ring warna silver kat gambar bawah ni. Tu lah cover dia. Safety memang mereka jaga betul. Staf asyik tegur je, be careful ma'am. Hahaa tapi banyak gambar saya ambil tak lawa sebab goyang. Cepat betul staf Mr. Dakgalbi buat kerja. Ni pun gambar bawah ni sebab amik kat IG, so dapatlah gambar lawa sikit.


Bila dah siap, mereka akan angkat cover ni dan jemput kita makan. Panas-panas ni, terus senduk ke piring yang disediakan dan terus suap ke mulut. Oh kat sini mereka hanya sediakan chopstick dan sudu je, so pepandailah gunakan keduanya.

The taste? Pedas sikitlah bagi yang tak tahan pedas langsung. Sebab tu agaknya mereka sediakan air sejuk Hehehe. But boleh tahanlah untuk saya. Ayam dia sangat juicy. Sedap dan lembut. Saya ada terbaca, mereka gunakan daging bahagian whole leg sebab rakyat Malaysia suka bahagian yang juicy. Kalau kat Korea, katanya gunakan breast chicken sebab Korean suka healthy food.

Tteok-pokki atau Rice Cake ni agak liat jugak. Macam tepung beras yang dicampur air pastu dibentuk bulat panjang. Masa mula-mula makan tu, saya masukkan semua dalam mulut. Jenuh nak kunyah sebab liat sikitkan. Pastu, saya dah tahu tu, saya gigit separuh-separuh dan kunyah. Kalau tak, lenguh rahang mengunyah. Saya tau sebab husband saya masukkan semua dalam mulut, bila dah makan separuh kuali tu, dia cakap lenguh mulut. Hahahaa.

Lepas dah habis ramen tu, kita panggil staf Mr Dakgalbi untuk masakkan nasi pulak. Mula-mula mereka akan potong-potong ayam tu jadi kecik. Lepas tu, bukak api dan start goreng nasi dengan ayam tadi. Then mereka masukkan cheese. Pergh....yang ni sedap sebab saya suka KEJU! Sedap okay bila nasi tu bercampur dengan keju hehe.

Kali ni memang tak banyak gambar. Dah malas. Banyak kat instastory je. 

Berbeloi ke Mr Dakgalbi ni?

Pada saya berbaloi sebab.

1. Portion besar walaupun harga mahal.

2. Memang sedap dan kena citarasa kami berdua.

3. Sesuai bila kita sangat lapar, tapi lapar yang boleh tunggu la sebab dari masa duduk hingga ke siap masak ni dalam 15-25 minit bergantung kepada bilangan customer. Kalau tengah peak time, memang lambat. Tu sebab selalunya side dish tu akan habis dulu.

4. Keadaan restoran yang selesa.

Ish, bila taip ni rasa macam nak makan lagi, tapi dalam 2 bulan ni, dah 3 kali saya makan kat Mr Dakgalbi ni. Masa kali ketiga tu, siap cakap kat husband, tahun depan je baru kita makan lagi. Muak dah tapi teringat-ingat bau masakan ni dan kesedapan dakgalbi. Maybe belum cukup setahun dan datang balik kot?




10 March 2017

Asyik MAKAN JE...

Lama betul saya tak menulis. Sekarang saya nak mulaka balik. Hehehe. I remember a friend of mine cakap,

It is easy to start. Difficult to maintain. 

And again, she was right! Nak start memang senang, tapi nak maintain tu yang susah. Sebab tu Allah pandang kepada istiqamah kita, bukan kepada betapa besarnya permulaan amal tu.

Now, saya dah kerja kat tempat lain. Kat SS 15, Subang Jaya. Senang sikit nak pergi kerja. Husband akan hantar sebab kat sini susahnya nak dapat parking. Nak parking, datanglah awal jam 8.00am - 8.30am. Nak buat apa kalau awal, sebab saya masuk kerja jam 10.00am!

Jadi sekarang, husband yang hantar dan ambil. Hehe best sikit tak payah drive. Kalau husband ada meeting, kami tidur rumah mak ayah. Dan saya akan guna UBER untuk ke pejabat.

Sejak berhenti dari office lama, barulah saya ada selera nak makan. Masa tengah stress, memang tak ada selera langsung. Lapar tapi taknak makan. Sempatlah kurus sikit sebab saya banyak minum air kosong. Air Coway kan sedap. Hehe.

Jadinya, bila dah takde stress kerja, datanggg la pulak stress baru. Stress sebab badan dah naik. Sebab asyik makannnnnn je. Manjang lapar. Ish, selera dah datang tapi macam menggunung pulak!

Dan saya dah start makan/minum gula balik! Masa stress kerja tu, asyiklah ke Starbucks. Tapi macam sebab tak makan sangat kan, so calorie intake tu kurang lah.

Now, minum manis plus makan merapu, ish naik takut pulak.

Oh, last year, hari ni, saya kat Tropicana Medical Centre. Hypertention. Tapi tahun ni masih tak berapa sedar yang saya kena jaga makan. Ergh.

Now my plan adalah sebegini:-

1. Tolak GULA dalam minuman dan kudapan.
2. Heavy breakfast.
3. Lunch either salad or shake.
4. No rice dinner.

Doakan saya berjaya!

04 January 2017

#jomnaikmrt

Semenjak pembinaan MRT ni, saya sangat tak suka sebab trafik sangat teruk di kawasan Kota Damansara dan Mutiara Damansara tu. Perjalanan 25 minit selalu jadi 1 jam waktu pagi. Kalau malam pun, still agak jammed area Pelangi Sentral (Hauz Depot) and Sunway Giza tu.

So, bila MRT dah siap and kempen #jomnaikmrt bermula, I am one happy user la kan. Tak payah drive! Hahaha. 

Plannya husband hantar ke Kwasa Sentral. Took the MRT and then naik Feeder Bus. So Ahad petang, lepas program BNI Givers Gain, kami recce kat mana Kwasa Sentral. Dekat je, kalau tahu simpang pertama ke Kota Damansara dari Shah Alam, haaa kat situlah. Kanan ke Kota Damansara, kiri ke MRT Kwasa Sentral.

Pagi tadi, gerak dari rumah jam 7.45am. Waze pulak buat hal. Bila search for MRT Kwasa Sentral, dia tunjuk ikut RRI. Tapi jalan banyak tak boleh lalu. Apa daaa. Last-last keluar balik ke jalan besar. Sampai dekat pukul 8.00am.

Sekarang ni, MRT ni tengah free sampai 16 Jan 2017. Tapi kena ada kad Touch & Go. Kena touch tapi duit takkan ditolak. Kalau takde T&Go, boleh guna token atau top-up IC kita.

Dah masuk dalam, ada 2 platform. Satu ke Sungai Buloh, satu ke Semantan. Saya ambil hala ke Semantan.

Waktu puncak ni, train agak banyak. Dalam 5 minit sekali kot. Tapi tak lama menunggu kalau terlepas. Saya terlepas, jadi tunggu dalam 4 minit for another train. Platform dia open air, so takdelah rasa panas. Ada kipas besar, kawasan menunggu pun selesa. Safety features sangat bagus berbanding LRT line Kelana Jaya. Ada 2 pintu, satu di platform dan satu lagi adalah pintu MRT. So sangat selamat berbanding LRT yang takde penghadang.

Untuk ke pejabat, cuma 3 stesen sahaja. Stesen Kota Damansara yang bersebelahan dengan Tropicana Medical Centre. Stesen Surian di kawasan Sunway Giza dan Stesen Mutiara Damansara dekat dengan The Royale Chulan dan IKEA. So saya turun kat sini.

Pastu naik bas T809 ke Bukit Lanjan. Tapi bas ni mencabar kesabaran sebab setiap kali saya sampai, dah terlepas. Hahaha. Kalau dah 8.30am, saya request UBER je. Kenalah dalam RM5.00 tapi dihantar sampai depan pintu office. Okaylah sebab tak mau lewat.

Balik, so far tak pernah naik bas. Selalu naik Uber sampai Shah Alam. First day je saya balik awal, jadi bolehlah jalan kaki ke stesen. Dalam 1kilometer je. Penat jugak tapi tak teruk sangat sebab jalan dia menurun bukit. Berpeluh jugak tapi dapatlah target 10,000 langkah tu tercapai. Tapi baru sekali je berjalan sebab balik awal. Kalau balik lepas maghrib, saya naik Uber je. Hehehe.

So, sekarang ni, memang pergi kerja naik MRT. Seronoklah sebab tak payah drive, cuma kalau balik malam tu, rasa lagi baik naik Uber terus. Tambang dalam RM25.00, kadang rasa mahal tapi lagi jimat kalau beli kereta baru, petrol, tol, masa, insurans dan roadtax serta maintenance. Cuma tulah, kalau balik malam, memang mahal. 

Anyway, doakan saya istiqamah dalam naik MRT ni. Saya tak sure pulak berapa tambangnya. Saya jangka dalam RM2.00 untuk 3 stesen ni. Tambah RM1.00 untuk Feeder Bus. Kalau Uber dalam RM5.00. Bolehlah. Insyaallah. At least, saya dapat exercise dan berjalan kaki untuk sihat.

Cubalah, FREE sampai 16 Jan 2017.

19 November 2016

Rindu

Rindu sangat untuk menulis. Tapi bila balik rumah, otak dah tak mampu nak bergerak. Dah macam tepu dengan segala benda perkara baru di pejabat. Balik tahu nak mandi dan tidur je.

Tapi setelah 2 bulan setengah kat tempat baru ni, rasa dah okay sikitlah. Dah dapat bertenang sikit sebab kerja-kerja dah tersusun sikit. Backlog tu dah hampir siap, kiranya dah key-in sampai Oktober 2016 dah. 

Betullah lata orang, kalau dalam masa 3 bulan pertama ni, kita dapat adapt situasi baru ni, insyaallah kita boleh serasi di situ. Well taknak jinx sangat, just bersyukur sebab dapat control apa yang perlu dicontrol.

Ingat kan kat tempat baru ni, tak kisah tentang kehadiran, rupanya mak sudah salah. GM sana sangat strict, semua kena ada di office pukul 9.00am. Mula-mula rasa macam Ala..jalan jammed lah. In denial sebab kena datang sebelum pukul 9.00am.

Tapi bila berlapang dada dan terima kenyataan (haha drama giler), saya mula susun strategi. Kena keluar jam 7.55am paling lewat 8.00am. So, breakfast (kedai) dalam 45 minit, so 7.15am kena gerak ke warung. Saya siap (mandi dan make-up) dalam setengah jam. Kalau kena gosok baju, tambah 15 minit lagi. So, saya kena bangun selewat-lewatnya pukul 6.00am! Hah, patutlah saya selalu sampai lambat, bangun pun lewat haha. Dah solat, siap boleh baring tidur lagi.

But, bila dah buat jadual macam ni, teraturlah sikit. Kehadiran pun bagus, sebelum jam 9.00am dah kat meja. Kecuali kalau sesak sangat atau terlewat, saya sampai dalam 9.15am. Boleh diterima sebab saya jarang lewat dah.

Masak, memang tak sempat dah. Sekali sekala je kalau teringin. Itupun setakat pasta or nasi goreng or nasi lauk simple. Memang banyak makan luar je, samada keluar berdua atau kami tapau dan makan kat rumah. 

Rumah pulak, kalau larat kami buat. Kalau tak larat, panggil part-time cleaners. Senang cerita. Seriously, kami amat santai sekarang ni. Betullah orang kata, bila berumur ni, tenaga pun makin kurang. Time ni, masa pun padat. Alhamdulillah, wang ada. Jadi saya berpegang pada, dalam duit saya ada duit awak dan mereka. Share the wealth dengan mereka.

Ini pun tengah ada cleaners bersihkan rumah. 2 orang 2 jam. Anak beranak, anak sedang cuti semester. Ambil Diploma in Sains. Tolong mak, jawab dia. Puan Mak pulak, buat hujung minggu je, sebab weekdays anak-anak sekolah, jadi sibuk ambil hantar. Nanti cuti sekolah, senang sikit katanya.

Saya selalu ambil dari www.maideasy.my. Dah lama dengan mereka, sejak dari harga murah sampailah sekarang harga weekend yang RM88 excluding GST. Saya dah jadi tak berapa cerewet dah, sebab matlamatnya ialah rumah bersih. Nak harap bersih macam kita buat, memang susah sikit nak dapat. Tapi asalkan goal tercapai, saya okay. Hahaha simple je. Nasib baik mereka sanggup, kalau tak? Mak yang pengsan.

Tadi pergi RHB Bank kat Paradigm Mall. Teringat yang kad debit belum tukar kepada kad baru, alhamdulillah sebab pergi awal, jadi parking pun senang. Dah settle kad baru, saje jalan-jalan. Dah terjebak dengan PADINI. Memang carik kasut sejak awal bulan tu, tapi tak berkenan. Rupanya, nak dapat kasut murah. Beli jugak pouch, nak gantikan wallet yang dah terkopek.

Lepas tu, nak beli blusher. Ingat nak ke Sephora atau MAC, tapi singgah kat Elianto sebab nak beli brush dia. Terus terjebak beli blusher dan lipstik jugak. Sales Associate ni namanya Ika, sangat pandai memujuk hati kakak ni supaya beli banyak barang. 

Saya suka kat office baru, semuanya presentable. Semuanya fashionable, yelah sesuai dengan industri kami lah kan. Tapi baju saya kena beli lagi, sebab rasa tak cukup, rasa baju ni dah pakai dah hari tu, pastu cakap takde baju. Hahaha.

Memang ada bajet untuk baju, kasut dan make-up. Dah buat bajet bulanan dah, sebab kat sini, senang nak lunch yang harganya dalam RM30 ke bawah. Kalau ke food court je, bosan sebab pergi 1 gerai je, ambil lauk yang lebih kurang je setiap hari. Dan juga, saya dah start rekod perbelanjaan saya. Letak dalam dropbox, senang nak monitor.

Anyway, dah banyak membebel. Selamat berhujung minggu. Enjoy!


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign